HILANGKAN SENGUGUT DENGAN GLA COMPLEX
ASSALAMMUALAIKUM.... Ramai diantara kita mengalami senggugut... jom saya ada sedikit tip untuk menggurangkan rasa senggugut ini..
Ramai remaja perempuan dan wanita mengalami masalah senggugut (sakit atau rasa tidak selesa berikutan kedatangan haid) atau istilah saintifiknya dysmenorrhea. Senggugut seringkali dikaitkan dengan kesakitan seperti kekejangan di bahagian bawah perut, dan kemungkinan juga sakit belakang. Ada yang merasai tidak selesa atau kesakitan yang ringan, sementara ada juga yang mengalami kesakitan yang teruk sehingga bergolek-golek.
Pengenalan
Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.
Definisi Apakah itu Senggugut?
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.
Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut
Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
- Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
- Cyst Ovari dan tumor
- Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
- Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
- Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
- Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Tanda-tanda
Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.
- Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
- Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
- Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
- Haid yang tidak tetap
- Haid yang tidak tetap
- Kesakitan antara haid
- Pendarahan yang bertamban banyak
- Lelihan dari faraj
- Kesakitan ketika melakukan seks
- Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
- Loya dan muntah, cirit-birit.
PETUA ATASI SENGGUGUT
- Gunakan pad pemanasan dengan menuam di bahagian bawah anda.
- Mengurut (dengan hujung jari) bahagian bawah perut anda dengan perlahan-lahan bagi melegakan rasa sakit.
- Minum minuman panas.
- Ikut diet yang kaya dengan karbohidrat kompleks seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Anda boleh cuba tidur di dalam posisi berbaring di sebelah badan dengan lutut dibengkokkan.
- Mengamalkan teknik relaksasi seperti meditasi atau yoga.
- Mandi air panas
- Mengambil GLA COMPLEX SHAKLEE
|
set senggugut
|
GLA COMPLEX DAPAT MENGURANGKAN KESAKITAN..
GLA (Gamma Linolenic Acid) juga :
...
= Membantu meningkatkan kesuburan (bagi yang ingin Hamil)
= Mengawal Kolestrol dalam badan
= Mengawal darah tinggi dan kencing manis
= Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid..
GLA boleh didapati dari sumber :
= Minyak Borage
= Minyak Bunga Evening Primrose (EPO)
=Minyak Black Currant
# Jom ikhtiar senggugut dengan cara sihat bersama shaklee
# sumber dipetik dari kesihatan Malaysia
JOM DAPATKAN GLA COMPLEX UNTUK MELEGAKAN KESAKITAN
BOLEH HUBUNGI SUE 018-7717599 UNTUK ORDER
FP: Permatahealthy Life V