Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali Mengandung. Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal.
Morning Sickness
Tak boleh makan atau tiada selera makan
Muntah dan Loya
Anemia – Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin.
Keletihan dn rasa malas
Mood swing
Lazim bagi ibu Mengandung mengalami simptom Kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti rutin harian. Namun jangan bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja.
Hampir semua masalah yang disebutkan tadi dapat diatasi dengan mendapatkan nutrisi yang diperlukan secara lengkap di samping rehat yang mencukupi dan sokongan suami.
APAKAH NUTRISI DAN DIET YANG SESUAI UNTUK IBU HAMIL?
Memandangkan anda kini sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini demi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.
Jika anda sedar bahawa cara pemakanan anda tidak begitu baik, inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut:
Jika anda sedar bahawa cara pemakanan anda tidak begitu baik, inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut:
- Buah-buahan dan sayur-sayuran: Anda boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. Baca mengenai cara untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Makanan berkanji: Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.
- Makanan yang kaya dengan protein: Ini termasuk daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Cuba sasarkan dua hidangan ikan seminggu termasuk ikan yang berminyak.
- Produk tenusu: Ini termasuk susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.
Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.
Dua ratus kalori bersamaan dengan:
- dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
- segulung kuih popia (tidak digoreng);
- tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
- sekeping keju dengan roti.
Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda:
- Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan yang sempurna, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
- Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
- Menjelang akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau rasa penuh selepas makan, anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.
Cara terbaik ialah makan apabila anda lapar. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari dan pertambahan berat badan anda akan berlaku secara beransur-ansur sejajar dengan perkembangan bayi dalam kandungan anda.
SET HAMIL YANG SESUAI IALAH SET HAMIL SHAKLEE
VITA LEA IRON FORMULA
- Dilengkapi dengan Zat besi
- Zat besi penting untuk menyokong 50% isipadu darah
B-COMPLEX
- Lengkap dengan Asid Folik dan Biodin
- Untuk pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf
OSTEMATRIX (KALSIUM)
- Wanita hamil memerlukan sekitar 1000-1500mg kalsium sehari
- penting untuk pertumbuhan sel, gigi dan pembentukan tulang bayi
ESP (ENERGISING SOY PROTEIN)
- Protein penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit
- Membekalkan asid amino yang membantu membentuk otot dan organ bayi
SETIAP PEMBELIAN PERCUMA KONSULTASI PERCUMA DIBERIKAN
SUE (SID 877240)
SMS/WASSAP/TELEGRAM/WECHAT 018-7717599
LIKE PAGE KAMI DI SINI
No comments:
Post a Comment