Thursday, 11 December 2014

PERKEMBANGAN FETUS ANDA

PART 2
KEHAMILAN BERUSIA 4 MINGGU

HAMIL BERUSIA 4 MINGGU


Gumpalan sel yang kini bergelar embrio sedang membesar dalam uterus anda dan ia telah mencapai saiz sebesar biji popi. Ia dibahagikan kepada tiga lapisan yang kemudiannya akan membentuk organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah sisi kepalanya terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi. 

Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan saraf tunjang akan tumbuh - terbentuk dalam lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan permulaan sistem urinari. Sementara itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menyalurkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi. 

Jika anda belum lagi mencuba ujian kehamilan di rumah, mengambilnya sekarang akan dapat mengesahkan kehamilan anda. Ada tanda-tanda lain yang menunjukkan anda sedang hamil. Lihatlah kalkulator tarikh jangka lahir kami untuk mengetahui bilakah bayi anda akan lahir. 

Sesudah anda mendapat pengesahan, bolehlah anda menghubungi doktor dan membuat temu janjiPenjagaan antenatal yang baik dan konsisten adalah salah satu cara yang terbaik untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan


KEHAMILAN 5 MINGGU

HAMIL BERUSIA 5 MINGGU

Anda mungkin tidak kelihatan hamil ketika ini, namun, jantung embrio, yang kecil sedikit daripada biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantungnya mula membahagi kepada ruang-rang dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Tumbesarannya berlaku dengan sangat pantas minggu ini. 

Organ utama seperti ginjal dan hati mula muncul. Tiub neural (tiub saraf) yang menyambungkan otak dan saraf tunjang akan tertutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks mengambil tempat di ruangnya. 

Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul. Dapatkan maklumat tentang berapa banyak asid folik yang anda perlukan


HAMIL BERUSIA 6 MINGGU


KEHAMILAN BERUSIA 6 MINGGU

Saiz embrio sebesar kacang lentil dalam minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat bukaan-bukaan di mana lubang hidung akan berada, dan lubang-lubang yang menandakan telinga. 

Kudup-kudup membonjol menjadi lebih jelas sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tetapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut seminit - dua kali ganda kadar denyutan anda. 

Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa dalam trimester kedua sebelum dapat merasa sensasi daripada sesi-sesi senamannya ini. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi dalam kandungan. 


HAMIL BERUSIA 7 MINGGU



HAMIL BERUSIA 7 MINGGU

Sekarang panjang embrio dalam 1.25sm, saiz sebiji kacang kuda, dan ia mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang melompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini. 

Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20 bayi anda membesar dengan pantas, dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak. 

Anda sekarang berada dalam keadaan geliang-geliut trimester pertama, di mana ramai wanita merungut tentang ketidakselesaan dan sakit-sakit. Anda mungkin tidak dapat menahan muntah kerana mengalami mabuk hamil yang diakibatkan sebahagiannya oleh hormon-hormon kehamilan dalam badan anda. Anda mungkin terasa hendak membuang air kecil lebih kerap daripada biasa. Ini disebabkan oleh uterus anda yang berkembang menekan pundi kencing anda. Hormon juga menjejaskan imbangan cecair dalam badan anda. Semua ini akan berkurangan apabila kehamilan anda berlanjutan



HAMIL BERUSIA 8 MINGGU



HAMIL 8 MINGGU

 embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna 'zuriat'. Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 1.6sm. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata. 

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar sehingga anda memerlukan coli yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada coli lama. Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan seluar jean kegemaran anda sehingga tahun depan. 

Jika anda banyak meminum air mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang berkembang itu. Lihatlah album gambar minuman-minuman yang sesuai untuk wanita hamil


HAMIL BERUSIA 9 MINGGU



HAMIL BERUSIA 9 MINGGU

Menjelang minggu ke-10 kehamilan, anda mungkin merasakan yang anda sedang menaiki roller coaster emosi, kadang kala merasa serba tak kena dan pada masa lain merasa amat gembira. Walaupun ini mengganggu setengah wanita yang menganggapkan mereka cekap mengawal perasaan, apa yang anda lalui adalah normal dan mungkin akan berlarutan sepanjang kehamilan. Emosi turun-naik ini disebabkan oleh hormon-hormon dalam badan. 

Pada penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 2.3sm. Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea. Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan. Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan jelas. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. Menjelang akhir minggu, butiran dalaman telinga sudahpun sempurna. 

Walaupun anda belum lagi dapat menentukan jantina fetus melalui ultrasound, alat kelaminnya sudah mula terbentuk. Kini plasenta telah cukup matang dan mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal. 

Sekiranya anda belum lagi berjumpa dengan pakar obstetrik/ginekologi, anda perlu membuat rancangan untuk pemeriksaan antenatal, dan kami mempunyai panduan lengkap tentang ujian-ujian antenatal. Jika anda berumur lebih daripada 35 tahun atau mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit tertentu, anda mungkin mahu mempertimbangkan ujian sampel vilus korion (CVS), satu ujian antenatal yang lazimnya dijalankan antara minggu ke-10 dan ke-12 kehamilan, untuk menyaring kecacatan dan keabnormalan semasa lahir


HAMIL BERUSIA 10 MINGGU



HAMIL BERUSIA 10 MINGGU


Fetus anda hanya sepanjang 3sm dari hujung kepala ke punggung dan beratnya kurang daripada 4g. Namun begitu, ia tetap giat menelan dan menendang. Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku dan rambut yang kelabu seperti bulu. 

Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi, manakala kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang keseluruhan badan. Dahi terbonjol buat sementara dan terletak tinggi di kepala, tetapi ia kemudian akan bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia. 

Jika anda dapat melihat bayi anda pada minggu ini, anda akan nampak rangka tulang belakang. Saraf-saraf menjalar keluar daripada saraf tunjang. 

Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler iaitu stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung fetus yang pantas - seorang ibu hamil menyamakannya dengan bunyi kuda-kuda kecil menderap. 

Jika anda belum lagi melakukannya, anda sepatutnya jangan berlengah untuk membuat janji temu pranatal dan menempah tarikh untuk pengambilan darah bagi ujian-ujian rutin. Dapatkan maklumat untuk apakah ujian-ujian tersebut. 





HAMIL BERUSIA 11 MINGGU

HAMIL BERUSIA 11 MINGGU


Anda hampir sampai ke penghujung trimester pertama. Banyak perkembangan kritikal bayi akan selesai dalam dua minggu lagi, dan kemungkinan berlaku keguguran akan berkurangan secara ketara. 

Diukur dari mercu kepala ke punggung, fetus anda yang kini berukuran 4sm mempunyai semua bahagian-bahagiannya, dari kudup gigi ke kuku jari kaki. Bayi anda sibuk menendang dan membuat regangan; pergerakannya amat lemah-gemalai seperti penari balet dalam air. Jari-jari tangan dan kaki sudah terpisah sepenuhnya. Kini, tugas utama fetus dalam tempoh enam bulan ke hadapan ialah untuk terus membesar dan menjadi semakin kuat sehingga dia boleh meneruskan kehidupan secara bersendirian di luar rahim. 

Satu garisan pigmen gelap yang menegak yang dipanggil linea nigra mungkin akan muncul di abdomen anda. Uterus anda sudah naik dan melepasi tulang pelvis anda dan sekarang doktor boleh merasanya semasa pemeriksaan luaran



HAMIL BERUSIA 12 MINGGU


Muka bayi anda lebih mirip rupa manusia, walaupun panjang dari mercu kepala ke punggung hanya sekitar 5.5sm dan beratnya kurang sedikit daripada 14g. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat. Telinganya hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hatinya pula mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan air kencing ke dalam pundi kencing. 

Jika abdomen anda dicucuk-cucuk, fetus akan mengeliat-ngeliat, tetapi anda tidak akan merasa pergerakan ini. Sel-sel saraf giat mengganda dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak) sedang terbina. Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jarinya akan tertutup jika tapak tangannya disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika kelopak mata disentuh, otot mata akan menggenggam. 

Pada masa ini, doktor anda sudah dapat merasa bahagian atas uterus, juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen. 

Apabila anda memasuki trimester kedua, anda akan mula memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan. Tak lama lagi, pakaian biasa anda akan jadi sempit dan tidak dapat dipakai lagi. 

Anda mula menyedari bahawa selera anda pun kembali semula setelah 'mabuk-mabuk' hilang. Rujuklah bagaimana hendak makan secara baik pada minggu-minggu berikutan


Trimester Pertama

Ibu mengandung memerlukan makanan tambahan atau vitamin tambahan untuk bayi dalam kandungan.  Vitamin yang sesuai adalah Set Hamil Shaklee Trimester 1


trimester pertama

UNTUK PESANAN BOLEH HUBUNGI TERUS KE
SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 0187717599 (SUE)


*INFO: Hamil 0 minggu hingga 12 minggu adalah hamil (trimester 1)


SUMBER DARI : Babrcenter

No comments:

Post a Comment