Friday, 12 December 2014

PERKEMBANGAN FETUS ANDA

PART 3

HAMIL 13 MINGGU HINGGA MINGGU 26 ADALAH TRIMESTER KEDUA


HAMIL BERUSIA 13 MINGGU
HAMIL BERUSIA 13 MINGGU

Sekarang panjang fetus hampir 7cm hingga 8cm dari mercu kepala ke punggung dan beratnya hampir 23g - kira-kira sebesar kelongsong kacang pis. Sidik (garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. Dan jika anda mencucuk perut anda dengan perlahan dan dia merasakannya, bayi anda akan menunjukkan refleks mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting. 

Jika kandungan anda perempuan, dia sekarang mempunyai lebih kurang 2 juta telur dalam ovarinya; dia hanya mempunyai satu juta pada masa dia dilahirkan. Semakin dia membesar, jumlah telur semakin berkurangan, dan menjelang


Uterus anda pula, yang sudah cukup besar untuk menyiarkan kepada sesiapa yang melihat yang anda sememangnya hamil, tidaklah begitu besar sehingga mengganggu pergerakan anda. Walaupun masih banyak bulan lagi sebelum melahirkan, payudara anda sudah mula mengeluarkan kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan kepada bayi anda untuk beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan baik umur 17 tahun, jumlah ini akan turun kepada 200,000. 

Bagi anda pula, keadaan anda diandaikan seperti kabus yang beransur reda. Bagi kebanyakan wanita, kesan sampingan kehamilan awal - kerap membuang air kecil, keletihanmual - beransur reda pada trimester kedua. 



HAMIL BERUSIA 26 MINGGU


HAMIL BERUSIA 26 MINGGU

Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 35.6sm. Beratnya lebih sedikit daripada 760g. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. 

Oleh kerana bayi anda membesar dengan pantas dan perkembangan otaknya begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan serat, termasuk roti bijian penuh dan bijirin, kekacang dan beras perang mengandungi banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit

Kelas antenatal anda seharusnya sudah bermula dalam satu atau dua minggu ini, atau mungkin sudahpun bermula. Kelas-kelas ini dapat memberikan anda maklumat yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan anda tentang melahirkan bayi




HAMIL 27 MINGGU HINGG 38 @ 39 MINGGU ADALAH TRIMESTER KETIGA


HAMIL BERUSIA 27 MINGGU



HAMIL BERUSIA 27 MINGGU

Bayi anda sekarang seberat 875g dan berukuran 36.6sm dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan jaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jarinya. 

Si kecil anda juga mungkin sudah mula bermimpi! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak. 

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah bayi anda sedang mengalami sedu. Perkara ini kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu benang di dahi tidak akan menghilangkan sedunya, namun sedu-sedu itu hanya berlanjutan untuk seketika sahaja. Sensasi itu mungkin agak aneh bagi anda, tetapi ia bukanlah sesuatu yang tidak menyenangkan. 

Oleh kerana uterus anda sekarang sudah naik dan hampir dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin rasa susah bernafas atau anda sudah merasa kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin mengalami kejang betisbuasirurat simpul dan gatal-gatal pada perut. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda. 

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada minggu ke-36 kehamilan


HAMIL BERUSIA 38 MINGGU

HAMIL BERUSIA 38 MINGGU

Bolehkah anda mengetahui samada mengandung bayi lelaki atau perempuan? Satu petunjuk ialah saiz bayi anda - lelaki selalunya lebih berat daripada perempuan. Bayi pada umur 39 minggu mempunyai berat badan sebanyak lebih kurang 3kg hingga 3.2kg dan dia terus menambahkan simpanan lemaknya yang akan membantunya mengaturtepatkan suhu badan selepas kelahiran. Sistem-sistem organ anak kecil anda sudah terbentuk dan bertempat sempurna, tetapi paru-paru adalah yang terakhir untuk mencapai kematangan. (Selepas bayi dilahirkan, dia memerlukan beberapa jam sebelum dapat memantapkan pola pernafasan yang normal.) 

Adakah anda tertanya-tanya apakah warna mata bayi anda? Kebanyakan bayi Asia dan Afrika mempunyai mata hitam kelabu atau coklat semasa dilahirkan - mata hitam kelabu mereka akan menjadi betul-betul coklat atau hitam selepas enam bulan atau setahun. Kanak-kanak kacukan bangsa selalunya mempunyai warna mata yang betul-betul cantik. Bayi keturunan Eropah selalunya mempunyai mata berwarna biru gelap dan warna sebenar - coklat, hijau atau biru - mungkin tidak akan muncul untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Warna mata bayi anda pada saat-saat selepas kelahiran tidak akan berkekalan - dedahan kepada cahaya akan menukar warna mata bayi yang asal.




HAMIL BERUSIA 39 MINGGU DAN UNTUK TUNGGU BERSALIN

HAMIL BERUSIA 39 MINGGU ATAU MINGGU UNTUK BERSALIN

Panjang bayi biasa adalah antara lebih kurang 51sm dari kepala ke jari kaki, dan beratnya lebih kurang 3.4kg semasa lahir. Namun begitu berat 2.5kg hingga 3.8kg adalah lingkungan yang sihat bagi bayi baru lahir. 

Cecair amnion anda, dahulunya jernih, sekarang berwarna pucat seakan susu akibat penanggalan verniks kaseosa bayi anda. Lapisan atas kulit juga menanggal apabila kulit baru timbul. 

Lazimnya, dalam program TV, sakit bersalin dan melahirkan selalunya bermula dengan pemecahan ketuban air – lazimnya berlaku di tengah bilik yang penuh dengan orang, dan kontraksi akan terus bermula. Jika anda bimbang yang senario ini akan berlaku kepada anda, hentikan sajalah. Ruptur membran berlaku bagi kurang dari 15 peratus kehamilan dan bila ia berlaku, kepala bayi bertindak sebagai penyumbat di pembukaan uterus. (Tetapi, jika anda berbaring, anda akan sedar ada cecair yang meleleh.) 

Anda seharusnya bertenang - kontraksi pertama hanya akan berlaku dalam beberapa jam lagi - dan hubungilah doktor anda dengan serta merta. Badan anda akan mengeluarkan lebih banyak lagi cecair amnion sehingga bayi dilahirkan, jadi penjaga-penjaga anda mungkin mencadangkan supaya anda duduk di rumah sehingga kontraksi bermula secara mantap atau mungkin mencadangkan pencetusan

Apa pula halnya jika minggu ini berlalu dan bayi masih belum muncul? Jangan panik - hanya 5 peratus bayi dilahirkan pada tarikh yang dijangkakan. Kebanyakan doktor akan menunggu dua minggu lagi sebelum memperakui yang kehamilan itu sudah terlewat



VITAMIN YANG SESUAI UNTUK TRIMESTER 2 DAN 3 ADALAH 



TRIMESTER 2 DAN 3

SUMBER DARI :babycenter





UNTUK INFO TENTANG SHAKLEE:
SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA DI JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI DAN BATU PAHAT.
BOLEH HUBUNGI TERUS KE
SMS/WHATSAPP/TELEGRAM SUE (018-7717599)


No comments:

Post a Comment