Sunday, 19 August 2018

HILANGKAN SAKIT KEPALA


Punca Kerap Sakit Kepala


Sakit kepala muncul bukan hanya dari banyak berfikir sahaja tetapi masalah postur tulang belakang yang salah juga turut mengundang masalah yang sama.

ANTARANYA:

1) TENSION HEADACHES
Sakit kepala ini berpunca dari ketegangan otot bahu, leher, kulit kepala atau rahang. Sakitnya seolah-olah kepala anda diikat ketat oleh sesuatu.

Ketegangan Otot


2) CLUSTER HEADACHES
Sakit kepala ini berlaku secara tiba-tiba dan ia berlaku pada salah satu bola mata anda. Sakitnya seperti ketajaman menyucuk ke dalam mata.


Sakit Kepala Hingga Ke Mata


3) SINUS HEADACHES
Sakit kepala ini berpunca dari tekanan resdung diantara dahi dan hidung. Sakitnya akan terasa pada bahagian dalam dahi dan tulang pipi.


Akibat Resdung

4) MIGRAINE HEADACHES
Migraine berlaku disebabkan perubahan pembuluh darah pada otak. Biasanya akan mengalami kesakitan pada sebelah kepala, mual, muntah dan pandangan tidak jelas.




Sakit Pening yang kuat

 ANTARA SALAH SATU PENAWAR YANG JARANG KITA KETAHUI IALAH KOPI, KOPI JUGA DAPAT MELEGAKAN SAKIT KEPALA

Kopi Pekat tanpa Gula


Kopi? Mungkin sebahagian besar dari kita akan merasa pelik apabila harus menghilangkan sakit kepala dengan hanya minum kopi. Akan tetapi percaya atau tidak, inilah cara mengubati sakit kepala yang cukup berkesan.

Menurut pakar perubatan, kopi mengandungi kafein yang cukup tinggi. Kandungan kafein dipercayai mampu menenangkan sistem saraf yang menegang akibat dari sakit kepala tersebut.

Akan tetapi janganlah anda meminum kopi dalam jumlah berlebihan, kerana kesan kafeinnya akan membuat anda susah tidur atau mengalami insomnia. Nasihat saya, cukup sekadar 2 cawan kopi sehari saja tanpa gula..



SELAMAT MENCUBA...




No comments:

Post a Comment