Wednesday, 15 August 2018

RAHSIA RAMBUT CANTIK

Melihat rambut panjang lebat dan hitam adalah idaman seorang wanita..Betul ke wanita berambut panjang lebih disukai oleh ramai lelaki?  

Boleh cuba beberapa Petua penjagaan rambut dengan lebih efektif.


Sihat dan Segar


Melindungi Rambut: Keadaan cuaca di Malaysia sukar diramal, panas terik sepanjang hari dan hujan menjelang petang. Bayangkan apa berlaku pada rambut kamu? Panahan matahari menyebabkan rambut kering terutama bagi kamu yang mewarna rambut. Pakai pelindung dan beli pelembap yang mengandungi UVA dan UVB.
Kulit Kepala: Jangan abaikan kulit kepala kerana ia memerlukan penjagaan seperti rambut juga. Sangat penting memastikan akar rambut shat, tidak berminyak dan tiada kelemumur. Rajin-rajin mengurut kepala dengan minyak urut panas yang mampu melancarkan peredaran darah dan menyihatkan folikel rambut. Urut rambut dengan gel Aloe Vera atau minyak kelapa setiap malam atau seminggu sekali dan biarkan 30 minit sebelum mencucinya. Bilasan akhir rambut adalah dengan air sejuk untuk menutup folikel rambut dan kekalkan rambut sihat.
Mencuci: Sekiranya rambut kamu jenis berminyak, cuci dua atau tiga kali sehari. Kalau terlebih cuci, boleh menghilangkan minyak semula jadi. Guna air suam untuk elakkan air terlalu panas kerana air panas mampu melemahkan rambut, menjadikan ia kering dan rapuh.
Mask Rambut: Mask terbaik mampu memanjakan rambut terutama bahagian hujung yang kering dan kemungkinan terbelah dua. Pakai mask rambut dua minggu sekali untuk melembap dan memelihara rambut. Cuba resipi sendiri dua telur putih dengan perahan jus lemon atau kombinasi minyak zaitun, cinnamon dan madu sebagai mask.
Kering Semula Jadi: Elak menggunakan barangan elektronik seperti pengering rambut atau pelurus rambut kecuali ada acara istimewa. Setiap satu ada caranya, contoh, jangan menggunakan pelurus ketika rambut basah. Keadaan itu boleh mengakibatkan kerosakan rambut. Ada pula membungkus rambut selepas dicuci. Juga salah kerana rambut boleh gugur dan pecah. Sebaik-baiknya biarkan kering semula jadi selepas dilap dengan tuala lembut

set vitamin untuk rambut

 Selain daripada itu penjagaan makanan pun penting dan Vitamin memainkan peranan yang penting untuk kesejahteraan hidup kita. Dalam dunia serba pantas hari ini, ramai orang melangkau waktu makan, makan tergesa-gesa atau memilih makanan yang rendah kualitinya. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang jarang ditambah kepada diet setiap hari, yang membawa kepada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin, termasuk memberi kesan kepada kulit dan rambut anda, menyebabkan kehilangan rambut atau botak dan tompok pada kuku anda

Kalau nak lebih baik lagi, boleh cuba amalkan makanan yang berkhasiat, bernutrien untuk kesihatan rambut seperti tiram, telur, dan keledek. insyAllah lebih membantu. 

No comments:

Post a Comment