Larangan Makanan untuk ibu hamil |
Pemakanan ibu hamil adalah sangat penting yang perlu dititikberatkan kerana makanan yang kita ambil, jika tidak selamat boleh memudaratkan kesihatan kita dan bayi kita
Makanan yang dilarang ialah:
1) Kafein
Satu fakta yang perlu anda tahu tentang kafein adalah ia bersifat ‘stimulant’ dan juga diuretik. Sifat “stimulant” ini menyebabkan kafein berupaya untuk menyebabkan peningkatan tekanan darah dan juga kadar dengupan jantung yang mana tidak sesuai untuk ibu hamil
Sifat “diuretik” ini pula akan meningkatkan kekerapan ibu membuang air kecil, dan jika ibu tidak minum secukupnya boleh sebabkan masalah dehidrasi.
Kandungan Kafien yang tinggi |
2) Daging mentah
Sumber daging mentah atau kurang masak berpotensi untuk mengandungi sejenis bakteria (Salmonella) yang boleh menyebabkan keracunan makanan atau parasit taksoplasmosis yang boleh memudaratkan bayi
Telur mentah atau separuh masak adalah sangat tidak digalakkan kerana berpotensi mengandungi bakteria Salmonella
Makanan mentah |
3) Keju
keju yang perlu dielakkan termasuklah, keju yang lembut dan matang berkulat. Jika anda peminat keju, antara keju yang selamat untuk anda ambil adalah semua keju keras termasuklah feta, Gruyere, dan Parmesan
Keju |
4) Sayur mentah
Walaupun penyediaan salad segera ini adalah mudah, tetapi anda perlu berhati-hati kerana ini mungkin mengandungi parasit toksoplasmosis dan juga bakteria Listeria
Produk yang berasaskan hati mengandungi paras retinol yang tinggi dalam bentuk vitamin A jika diambil secara berlebihan yang mana boleh memudaratkan perkembangan bayi di awal kehamilan
5) Makanan laut
Kerang, siput dan kepah mentah adalah tidak selamat kerana boleh menyebakan berlakunya keracunan makanan.
kan yang berminyak seperti sardin dan salmon adalah contoh ikan yang kaya dengan minyak ikan lebih mudah tercemar berbanding dengan ikan berisi putih
Manakala, ikan laut dalam seperti tuna adalah mengandungi paras logam berat merkuri yang tinggi. Jadi, elakkanlah memakannya kerana kandungan merkuri boleh memudaratkan perkembangan sistem saraf pusat bayi.
Larangan Ubat-ubatan |
6) Pengambilan ubat
ada ubat-ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. sila rujuk doktor untuk penerangan yang lebih konkrit. Pengambilan vitamin A adalah dilarang semasa hamil kerana ia didapati boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi
7) Vitamin yang sesuai
Daripada pelbagai sumber seperti sayuran, buah dan protein haiwan kita seharusnya mendapat nutrisi yang cukup dan vitamin penting untuk kesihatan kandungan dan tumbesaran bayi.
Namun, pengambilan vitamin atau supplement amat perlu memandangkan kita tak pasti dengan pengambilan dari sumber pemakanan benar-benar mencukup.
Set Mengandung Shaklee |
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN PEMBELIAN BOLEH HUBUNGI TERUS
KE SMS 018-7717599 (SUE) PENGEDAR SAH SHAKLEE SKUDAI
No comments:
Post a Comment