Friday, 31 August 2018

SNEK UNTUK DIET


Kurma

Pengambilan snek waktu pagi dalam jam 10pagi hingga jam 11pagi. Apa yang biasa untuk kita ambil atau dijadikan snek adalah kurma dalam 2 atau 3 biji ataupun buah epal hijau ataupun betik. kita boleh pilih buah-buahan segar untuk dijadikan snek. Makanlah  buah dahulu sebelum menjamu selera waktu tengahari:

Oatmeal

1)Oatmeal mengandungi beta glucan, yang merupakan jenis khusus serat yang mempunyai kesan menurunkan kolesterol yang sangat kuat, dan boleh juga meningkatkan fungsi sistem kekebalan tubuh

Sayuran hijau


2)Sayuran hijau adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi, beta-karotena dan serat. Menurut para ahli pemakanan, sayur-sayuran hijau seperti bayam, merupakan sumber serat terbaik.
Brokoli dapat mencegah kanser dan juga mengandungi banyak serat. Anda akan mendapat kira-kira 5.1 gram dalam cawan brokoli rebus


Buah-buahan

3) kebanyakan buah-buahan dengan kulit yang boleh dimakan, pear adalah buah yang paling berkhasiat dan kaya serat ketika kulit mereka dimakan secara utuh

Kekacang

4) Kacang yang diolah menjadi pelbagai jenis makanan apapun adalah sumber serat yang lazat, serba boleh, dan murah. Satu cawan kacang boleh mengandungi kira-kira 16.3 gram serat


Menu Sihat

Menu makan tengahari sangat mudah jika suka sangat makan nasi , ambil segenggam nasi sebesar penumbuk, lauknya adalah ikan atau ayam yang dibakar, dikukus, panggang ataupun yang ber sup.Elakkan lauk pauk yang bersantan , goreng dan yang sewaktu dengannya. Selain itu lebihkan sayur sayuran hijau tak pun ulam-ulaman segar. Barulah awet muda dan makan ulam-ulaman hijau..
Boleh Klik Disini...

SELAMAT MENCUBA…

No comments:

Post a Comment