Hidung tersumbat |
Nak
bernafas pun semput, hidung asyik tersumbat. Nak tidur lagilah tak selesa
Memang ‘seksa’ kalau
hidung tersumbat, tersekat-sekat pernafasan sampai rasa stres dan pening kepala.
Masalah ini boleh
diatasi dengan cara yang murah dan mudah:
BAGI ORANG DEWASA
1.
Mandi air panas
Wap yang keluar
daripada haba panas membantu melancarkan pernafasan. Jika tidak mahu mandi,
memadai menyedut wap panas.
Mandi air panas |
2. Sedut wap panas
Masak air panas dan masukkan
dalam bekas. Sedut wap panas sehingga selesa bernafas
Sedup Wap panas |
3. Minum & makan cecair yang
banyak
Amalkan pengambilan
cecair seperti air, sup dan teh herba yang banyak sewaktu hidung
tersumbat.
Ini kerana ia akan
mengurangkan mukus dalam hidung yang menyebabkan hidung tersumbat
Air herba |
4. Tuam kawasan hidung
Basahkan tuala dengan air
panas dan tekap kawasan batang hidung.
Elak letak pada laluan udara.
Lakukan berulang kali hingga anda dapat legakan hidung tersumbat dan bernafas
dengan selesa.
Sapuan Minyak |
5. Sapu minyak
Sebelum tidur, sapu minyak
aromaterapi seperti eucalyptus, minyak tea tree, atau krim yang sesuai pada leher dan
dada untuk memudahkan pernafasan
BAGI KANAK-KANAK ATAU
BAYI
1. Gunakan tuala untuk melapik kepala tilam
tempat bayi tidur
Elakkan dari menggunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda. Ini boleh menyebabkan bayi anda mati lemas
2. Picit hidung dengan lembut
Anda boleh memicit dengan
lembut hidung bayi anda. Dan bersihkan lendir menggunakan cotton bud yang telah
dibasahkan
3. Nasal Aspirator
Dapatkan nasal aspirator di farmasi berhampiran.
Sterilkan bahagian hujungnya terlebih dahulu untuk pastikan ia benar-benar
bersih. Masukkan ia ke dalam lubang hidung bayi anda dan sedut lendir dengan
perlahan
4. Mandikan dengan air suam
Mandikan bayi menggunakan air suam. Biarkan bayi anda duduk dalam keadaan berwap di bilik mandi. Wap air panas biasanya membantu dalam mengurangkan lendir hidung
Mandi air suam |
5. Minyak Angin
Cara lain untuk merawat bayi hidung tersumbat
adalah dengan menggunakan balsam khusus untuk bayi. Sapu sedikit di bahagian
hidung dan dada bayi
Sapuan balsam |
SELAMAT MENCUBA DAN BOLEH KLIK DISINI....
No comments:
Post a Comment