Friday, 21 September 2018

BUAH UNTUK DIET


Saat menjalani program diet, maka  makanan seperti buah-buahan merupakan jenis yang paling sesuai supaya program diet boleh memberikan hasil yang maksima sekaligus memberikan manfaat lain untuk kesihatan kita

Antara 5 jenis buah-buahan untuk diet ialah:



1) Epal

Buah epal mempunyai banyak manfaat dan salah satunya untuk diet. Buah epal mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi, sangat sesuai bagi anda yang mempunyai gangguan pencernaan. Selain itu buah epal merupakan sumber vitamin B-kompleks seperti riboflavin, thiamin, dan pyridoxine (vitamin B-6). Vitamin B kompleks berperanan membantu dalam pelbagai fungsi sintetik dalam badan.


2) Jambu batu

Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia. Ia juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari. Jambu adalah sangat tinggi serat dan juga berkesan membuat untuk kehilangan berat badan kerana indeks glycemic yang rendah. Indeks glisemik yang rendah membuatkan jambu pilihan terbaik untuk pesakit kencing manis. 


3) Limau

Ianya sangat sesuai dijadikan buah untuk diet. Vitamin C merupakan salah satu kandungan yang umum dimiliki oleh buah limau. Serat yang terkandung dalam buah ini membantu anda untuk merasa kenyang lebih lama. Selain itu, ianya dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk membuatkan tubuh anda lebih kuat melawan penyakit.


4) Betik

Selain rasanya yang manis ternyata buah betik juga mempunyai banyak sekali manfaat. Buah betik mengandungi tinggi serat yang sangat baik untuk menjaga kesihatan pencernaan anda, selain itu buah betik juga mempunyai kandungan vitamin A yang sangat baik untuk kesihatan mata.


5) Pisang

Buah pisang mempunyai manfaat yang sangat banyak untuk kesihatan, selain mengandungi beberapa vitamin yang sangat lengkap ia juga mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi yang sangat sesuai untuk dijadikan menu diet sihat anda. Pisang juga sangat membantu untuk mengawal tekanan darah, mencegah terlalu banyak keasidan dalam sistem dan mengurangkan kekejangan otot.

Selamat Mencuba....

No comments:

Post a Comment