Tuesday, 11 September 2018

MENU DIET TANPA BERLAPAR


DIET...

Ramai beranggapan berlapar adalah cara yang paling cepat untuk turunkan berat badan. Namun satu kajian terbaru mengatakan, berlapar bukanlah satu cara yang paling efektif menurunkan berat badan, malah menyebabkan gangguan kesihatan dan obesiti pada tahun yang mendatang.

CARA PERMAKANAN AMATLAH PENTING

Menu diet

1) LAUK IKAN dan AYAM - Ayam  makan bahagian dada kerana ia tinggi protien dan rendah kalori. Elak makan kulit ayam dan organ dalam ayam. Ikan juga kerana tinggi protien. Elak makan daging kerana ia lambat hadam dan melambatkan proses penurunan berat badan. Perlu makan pagi dan tengah hari dengan kuantiti yang sesuai.
2) NASI – nasi makan dengan kuantiti segengam nasi. Nasi mempunyai kanji. Ia melambatkan proses penurunan. Nasi boleh dimakan ketika diet tetapi jaga kuantiti.
3) KUEW TIAW @ MEE @ BIHUN – Untuk proses penurunan adalah lebih baik makan BIHUN. Mee dan kuew tiaw adalah kurang sesuai.

Menu diet

4) SAYURAN – Wajib ada. Makan sayuran yang sesuai untuk diet . Malam perlu makan sup sayur + ayam rebus. Makan selewat – lewat 4 jam sebelum tidur.
5)CARA MASAKAN – Rebus, sup atau bakar. Kurangkan masakan bersantan seperti gulai, kari dan goreng. Seminggu hanya 2 atau 3 kali saya makan makanan bergoreng dan bersantan.
6) AIR – Lebihkan air masak @ r.o @ tapis kerana kandungan garam rendah dan mempercepatkan proses pengeluaran peluh.. manakala air mineral  kurangkan kerana kandungan garam tinggi dan ianya melambatkan proses pengeluaran peluh. Air Lemon, Sunquick, Limau, Epal Hijau, Nescafe dan Kopi kurang manis boleh minum.
7)BUAH BUAHAN – Makan epal hijau, jambu batu, nanas.
Buah-Buahan

8)KEKACANG – kekacang seperti kacang tanah dan kuaci boleh dimakan ketika rehat dan santai-santai bersama keluarga
9) SENAMAN - Dalam masa seminggu, perlu bersenam  1 – 4 kali  seperti joging dan senaman ringkas.. tempoh sekitar 15 minit – 2 jam. Bergantung pada waktu lapang
10) TIDUR - Tidur yang secukupnya sehari 6 -8 jam sehari
Tidur Yang Cukup

SELAMAT MENCUBA DARI SUE...

No comments:

Post a Comment