Penjagaan muka amat
dititik beratkan terutamanya oleh golongan wanita. Jadi, masalah seperti kulit
kering amat merisaukan dan menjadi punca masalah lain seperti jerawat dan mengelupas.
Kulit Kering |
Kulit kering juga
boleh mengundang pelbagai masalah kulit lain seperti kekusaman, sangat sensitif
terhadap cahaya matahari, sentuhan, malah yang lebih teruk menjadi sensitif
terhadap produk-produk tertentu.
Selain itu, faktor
umur, makanan serta penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit
juga boleh menambahkan kekeringan pada kulit.
Berikut adalah 5 cara
atasi kulit kering yang boleh diamalkan:
1)
SAPUKAN KRIM PELEMBAP
Antara cara atasi
kulit kering paling mudah adalah dengan menyapu pelembap. Untuk pemilihan
pelembap, adalah disarankan untuk memilih pelembap yang berasaskan susu. Dengan
menyapu pelembap pada kulit kering, anda dapat lihat perubahan pada kulit dalam
masa yang singkat.
2) MENGATASI
TEKANAN
Selain dari faktor luaran yang disebutkan di
atas, masalah kulit kering ini juga boleh berpunca dari tekanan dalam diri.
Jadi, untuk menampakkan kulit yang sentiasa
sihat, anda perlulah melakukan senaman ringan untuk mengurangkan stres.
Air kosong |
3) BANYAK MINUM
AIR KOSONG
Bukan orang diet saja perlu banyak minum air
kosong. Setiap orang perlulah
mengamalkan pengambilan air yang cukup untuk sistem badan.
Amalkan meminum 8 gelas sehari supaya
dapat menyingkirkan segala kekotoran dan memenuhi keperluan kulit anda.
Basuh muka selalu |
4) BASUH MUKA
SELALU
Bukan basuh muka dengan sabun, tetapi cucilah
dengan air bersih sekerap mungkin. Secara saintifiknya, ia terbukti membantu memudarkan
kedutan wajah.
5) PILIH
PRODUK YANG SESUAI
Produk kosmetik dan penjagaan kulit harian
seperti sabun dan pencuci muka mengandungi bahan
kimia yang bertindak sebagai bahan
aktif menyingkirkan minyak yang berlebihan dari kulit.
Skin Care Semula jadi |
SELAMAT MENCUBA!... BOLEH KLIK DI SINI ----- >>> 018-7717599 (SUE)
No comments:
Post a Comment