Kalsium
1. Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan
penjagaan tulang dan gigi dan keperluan kalsium harus dipenuhi sepanjang hayat.
Keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan seperti di
peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.
kekejangan otot |
2. Kalsium merangsang pengecutan dan kerehatan otot,
kekurangannya menyebabkan otot menjadi kejang dan salah satu tanda kekurangan
yang melampau ialah simptom yang dinamakan tetani. Mereka yang mengalami tetani
mengalami ketegangan pada otot jari tangannya sehingga mengerekot seperti ketam
dan ada kalanya kancing gigi. Ia boleh dipulihkan dengan pemberian kalsium
dengan serta merta
3. Kalsium memainkan peranan penting dalam pembentukan
tulang janin dalam kandungan. Kekurangannya boleh mendatangkan kecacatan kepada
bayi dalam kandungan.
4. Kalsium mempercepatkan penyembuhan luka dan konduksi
impuls elektrik dalam saraf kita. Ia juga penting bagi membolehkan vitamin A, C
dan fosforus bekerja dalam sel kita.
5. Kanak-kanak yang sedang membesar sangat memerlukan
kalsium. Kekurangan kalsium boleh menjadikan kanak-kanak terbantut
tumbesarannya, tidak berselera makan, menjadi cirit-birit dan mudah demam.
6. Kekurangan pada peringkat remaja menyebabkan mereka
mendapat akil baligh yang lambat serta gangguan dalam kitaran haid.
Tidur lena |
7. Kalsium boleh membantu kita memperoleh tidur yang
nyenyak kerana ia merehatkan otot dan saraf. Oleh itu, mereka yang sukar tidur
atau insomnia digalakkan mencukupkan keperluan kalsium dalam diet seharian mereka.
8. Bagi wanita menopaus kekurangan hormon dari ovari
boleh menyebabkan penyerapan kalsium terbantut dan wanita menjadi letih dan
lesu. Justeru itu, pengambilan kalsium bagi wanita yang sudah menopaus adalah
satu keperluan yang terbaik
Manfaat utama ostematrix untuk melegakan
kekejangan
Mengurangkan
kekejangan dan kebas-kebas – pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan
mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis
Vitamin
D – ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan
ketumpatan tulang, menguatkan rangka, memperbaiki penyakit periodontal.
Magnesium – ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita.
Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan
enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot
Zinc, boron, manganes, kuprum – memelihara metabolisme
kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yg diperlukan untuk memperbaiki
tulang, rawan dan menghalang artritis
Testimoni 1 |
Testimoni 2 |
Amalkan pengambilan
Ostematrik hari ini untuk mengelak kekejangan otot
Boleh hubungi terus
ke 018-7717599 (sue) pengedar sah Shaklee johor